Rabu, 30 September 2020

'Bukan sebab pemain boikot'

Oleh Zulfaizan Mansor - September 25, 2020 @ 9:38pm

zulfaizan@bh.com.my



Sathianathan dipecat dua hari selepas Selangor dibelasah 6-1 oleh JDT. - NSTP/Faiz Anuar

Kuala Lumpur: Masalah prestasi kurang menyerlah Selangor hingga membawa kepada pemecatan B Sathianathan didakwa bukan berpunca daripada pemain memboikot jurulatih itu.

Menurut sumber rapat dengan pemain, semua pemain Red Giants tidak mempunyai sebarang masalah dengan pengendali berusia 62 tahun itu.

"Apa yang saya boleh bagi tahu, pemain skuad utama memang sokong Sathianathan. Jadi tiada istilah pemain boikot atau sebagainya.

"Namun, apa yang menjadi masalah hanya keputusan perlawanan kurang menyebelahi pasukan," kata sumber itu.

Isnin lalu, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bertindak menamatkan kontrak Sathianathan, dua hari selepas Red Giants dibelasah Johor Darul Ta'zim (JDT) 6-1 di Johor Bahru.

Selangor yang dianggap antara pasukan yang mampu mencabar kejuaraan liga musim ini bagaimanapun berada di kedudukan kelapan selepas mengutip 10 mata daripada lapan perlawanan.

Susulan daripada pemecatan Sathianathan, FAS melantik pengarah teknikalnya, Michael Feichtenbeiner sebagai pemangku jurulatih Red Giants.

Malah, Feichtenbeiner dalam laporan sebelum ini menjelaskan beliau tidak akan kekal membimbing Selangor dan membayangkan jurulatih baharu akan hadir melatih Red Giants musim depan.SUMBER-BH ONLINE

Rabu, 23 September 2020

FAS hanya ingin tahu status Sumareh

MyMetroArena



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kelana Jaya: Tiada istilah lampu hijau atau beri kebenaran kepada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) untuk memulakan rundingan dengan tonggak naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh untuk menyunting pemain terbabit bersama pasukan berkenaan.

Malah, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hanya memberitahu status semasa pemain berkenaan berdasarkan maklumat yang diperoleh saja sekali gus tiada kaitan dalam perbincangan antara kedua-dua pihak terbabit.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon ada menghubunginya untuk bertanyakan status pemain naturalisasi negara itu.

"Benar Johan ada menghubungi saya tetapi beliau sekadar bertanyakan status Sumareh dengan Pahang FA.

"Saya memberi keterangan kepadanya berdasarkan status kes, yang mana mengikut pemahaman ketika itu Sumareh sudah membatalkan kontraknya secara sebelah pihak dengan Pahang FA menggunakan klausa yang tertentu yang terkandung di dalam kontraknya," katanya ketika ditemui di Wisma FAM, hari ini.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam. FOTO File NST

Stuart menjelaskan, hal ini kerana FAM ialah badan induk sukan bola sepak yang tidak mempunyai hak memberi sebarang kebenaran yang dimaksudkan.

"Sumareh bukan dimiliki FAM yang mana segala maklumat peribadi, terperinci atau kebenaran hanya membabitkan pemain itu sendiri dan pasukannya," katanya.

Sebelum ini, Johan memaklumkan pihaknya sudah diberi 'lampu hijau' oleh FAM untuk memulakan rundingan bersama Sumareh.

Berdasarkan laporan terbabit, Johan mempertahankan FAS dengan mengatakan pihaknya tidak melanggar sebarang peraturan.SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2020 @ 9:55 PM

Ahad, 20 September 2020

Kekalahan Selangor mungkin salah saya, kata Sathianathan

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | | 20 September 2020




Pemain JDT, Safawi Rasid mengawal bola walaupun diasak pertahanan Selangor pada aksi CIMB Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi. - Foto FB JST
KETUA Jurulatih Selangor, B Sathianathan menyifatkan mungkin dirinya patut dipersalahkan atas kekalahan 1-6 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi CIMB Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Menurut Sathianathan, tindakannya meletakkan pemain yang 'salah' mungkin antara faktor menyebabkan kekalahan besar The Red Giants musim ini.
"Mungkin saya patut dipersalahkan kerana meletakkan 'orang' (pemain) yang salah.
"Selain itu tiga gol terhasil dengan begitu pantas sehinggakan kesebelasan pemain Selangor tidak dapat berbuat apa-apa," katanya sejurus tamat perlawanan itu.
Pada perlawanan itu, pemain tuan rumah, Safawi Rasid terlebih dulu membuka jaringan pada minit ke-45 sebelum menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-49.
Dua bintang import skuad Harimau Selatan, Diogo Santo dan Gonzalo Cabrera kemudiannya menjaringkan gol pada minit ke-64 dan 67 manakala pemain gantian, Ramadhan Saifullah Usman meledak dua gol pada minit ke-72 dan 75.
Selangor akhirnya berjaya merobek gawang JDT apabila pemain gantian Selangor, Rufino Segovia menjaringkan gol sagu hati Merah Kuning.
Kekalahan itu menyaksikan Selangor kini berada pada kedudukan kelapan dengan 10 mata hasil dua kemenangan seri empat kali dan tewas dua kali daripada lapan perlawanan.
Sementara JDT terus gah di puncak liga dengan 22 mata hasil tujuh kemenangan dan seri sekali daripada lapan perlawanan.
Dalam pada itu, Sathianathan menyifatkan dua gol awal JDT yang terhasil pada penghujung babak pertama dan pada awal babak kedua sebagai titik perubahan yang menyumbang kepada kekalahan skuad kendaliannya itu kali ini.
Katanya, kedua-dua gol berkenaan nyata mematikan rentak permainan Selangor pada perlawanan berkenaan.
"Kesemua gol bagi saya adalah gol-gol mudah, sepakan percuma, sepakan penalti dan juga gol dari sudut yang mustahil oleh Diogo (Santo)," katanya
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/101850/BERITA/Sukan/Kekalahan-Selangor-mungkin-salah-saya-kata-Sathianathan© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Gergasi Merah kena belasah

MyMetroArena



Rizar Mohd Noor

rizar@mediaprima.com.my

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) semakin hampir menggengam kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut selepas membaham Selangor 6-1 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, hari ini.

Hasil kemenangan itu, skuad bimbingan Benjamin Mora hanya perlu mencari tiga mata lagi untuk menjulang kejuaraan liga apabila bertandang ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jumaat ini berdepan Petaling Jaya City FC (PJ City FC) .

JDT yang turun tanpa kelibat Mauricio Dos Santos akibat digantung satu perlawanan kerana mengumpul tiga kad kuning ternyata tidak menjejaskan benteng pertahanan tatkala Fadhli Shas yang bergandingan bersama kapten Aidil Zafuan Abd Radzak beraksi konsisten di posisi itu.

Sepanjang tempoh 20 minit aksi babak pertama, skuad Harimau Selatan dan The Red Giants beraksi dengan corak berhati-hati dengan tempo permainan lebih terarah di kawasan tengah padang dan jarang melakukan serangan berbahaya.

Hanya pada minit ke-22, tuan rumah meraih peluang terbaik untuk membuka tirai jaringan apabila Gonzalo Cabrera bertindak berani menyusup masuk ke dalam kotak penalti namun bola rembatan yang disasarkan ke penjuru kiri gol pelawat sekadar sipi tatkala penjaga gol, Farizal Harun sudah tertewas.

Cabrera sekali lagi terlepas peluang terhidang pada minit ke-33 selepas bola rembatan leret di luar kotak penalti tersasar sebelah penjuru kanan gol ketika Farizal sudah tertewas.

Sebelum melangkah masuk ke bilik persalinan pada minit akhir babak pertama, Safawi Rasid menceriakan kem skuad Harimau Selatan selepas bola sepakan percuma dari jarak 30 meter melencong tepat ke penjuru kanan gol yang menyaksikan Farizal tergaman di gawang sendiri.

Sebaik babak kedua bermula, tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan, Zulkarnain Zakaria selelpas tindakan Nicholas Ryan Swirad mengkasari Diogo Luis Santo di dalam kotak penalti pada minit ke-48.

Safawi yang ditugaskan untuk mengambil sepakan penalti itu mudah merembat bola masuk untuk mencetak gol kedua peribadi apabila menewaskan Farizal yang sekali lagi tergamam melihat bola menerjah jaring.

Tuan rumah menambah derita pelawat pada minit ke-63 selepas bola balingan jauh Corbin Ong tepat ke Diogo yang bingkas memusingkan badan sebelum merembat bola kencang menewaskan Farizal untuk meletak skuad Harimua Selatan selesa dengan kedudukan 3-0.

Anak didik Mora memastikan skuad bimbingan B Sathiananthan tertekan apabila Cabrera meledakkan gol keempat buat pasukan itu berpunca daripada bola lorongan Diogo dan tuan rumah terus mengganas apabila pemain gantian Ramadan Saifullah Usman turut mencetak gol kelima pada minit ke-72 dan jaringan kedua peribadi selang dua minit .

Pelawat meraih gol saguhati pada minit ke-81 selepas bola umpanan Sean Eugene Selvaraj di dalam kotak penalti disudahkan pemain gantian Rufino Segovia namun sudah terlambat melakukan kebangkitan tatkala JDT terus ampuh dengan jaringan 6-1 sehingga tamat perlawanan.

sumber-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 September 2020 @ 11:03 PM


Perak II, NS kongsi satu mata

MyMetroArena



Noor Hidayah Tanzizi

sukanteam@nstp.com.my

PERAK II dan Negeri Sembilan berkongsi mata apabila seri 0-0 pada saingan Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Manjung di sini, hari ini.

Pasukan pelawat kendalian Sazali Saidun cuba mencari gol melalui rembatan Adam Othman Mohd Arfah pada minit ke-24 namun berjaya dinafikan penjaga gol Perak II, Muhammad Farhan Abdul Majid.

Dua minit kemudian peluang hadir buat tuan rumah namun sepakan padu Khairul Asyraf Sahizah gagal menewaskan penjaga gol pelawat, Mohamad Kaharuddin Abdul Rahman.

Kedua-dua pasukan terus tampil ligat mengasak benteng pertahanan lawan masing-masing dengan beberapa percubaan namun gagal menemui penyudah.

Babak kedua bersambung, skuad Hobin Jang Hobin berpeluang mencetak jaringan namun sepakan deras Jose Almir Barros Neto pada minit ke-56 tersasar ke kanan gawang tuan rumah.

Anak buah Abu Bakar Fadzim memperkemaskan permainan namun peluang diperolehi melalui sepakan Khairul Syafiq Mustaffa pada minit ke-69 tersasar atas gawang lawan.

Kedua-dua pasukan terus bernafsu mencari gol namun gagal diterjemahkan kepada jaringan dan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 September 2020 @ 11:25 PM


Sabtu, 19 September 2020

Tiada yang mustahil!



SELANGOR turun dengan misi melakar kejutan apabila menentang JDT dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini. – IHSAN SELANGOR FA

Oleh Media Mulia

19 September 2020, 1:55 pm

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) turun bersama misi mengekalkan rekod tanpa kalah, namun Selangor berjanji tidak akan memberi laluan mudah apabila dua gergasi Liga Super itu bertemu malam ini.

Ini adalah pertemuan keenam kedua-dua pasukan sejak 2017 tetapi yang pertama di ‘rumah’ baharu Harimau Selatan, Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Pengendali Red Giants, B. Satianathan berkata, tiada yang mustahil untuk Selangor pulang bersama mata jika pemainnya memberi aksi terbaik, malah mereka hanya kalah sekali dalam tujuh perlawanan musim ini.

JDT pasukan yang konsisten, semua orang tahu tapi dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.

Pemain kami telah memberikan aksi terbaik setakat ini, kalau mereka terus be­kerja keras keputusan yang bagus akan datang sendiri,” kata Sathianathan.

Selangor akan bertemu JDT tanpa beberapa tonggak termasuk Brendan Gan yang digantung perlawanan dan penjaga gol, Khairul Azhan Khalid yang dilepaskan kerana urusan peri­badi.

Dua lagi pemain yang terpaksa diketepikan akibat kece­deraan adalah Mukhairi Ajmal dan Hakim Hassan.

Tanpa beberapa pemain utama, ini peluang pemain lain untuk menyinar dan membuktikan kemampuan.

Pasukan kami amat bermotivasi setiap kali menentang lawan yang kuat,” kata Sathianathan.

JDT turun bersama misi mengekalkan rekod tanpa kalah.

Sementara itu, jurulatih JDT, Benjamin Mora tidak mahu memberi tekanan berlebihan kepada pemainnya biarpun beraksi dengan pengharapan tinggi.

Kita harap mengekalkan rekod kemenangan, namun menentang Selangor di laman sendiri menjanjikan pertaru­ngan sengit.

Kami tidak boleh terlalu selesa dan perlu memikirkan untuk capai kemenangan dalam setiap perlawanan. Kami harus berwaspada bagi mengelak berlaku kejutan,” katanya.

JDT akan turun tanpa rangkaian serangan Gonzalo Cabrera, Safawi Rasid dan Diogo Luis Santo, selain Matthew Davies yang masih dalam proses pemulihan.SUMBER-SUKAN UM

JDT 0-0 SELANGOR

 OLEH-AHMAD YAAKOB




 

Khamis, 10 September 2020

Selangor waspada ancaman Safiq

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

SELANGOR yang masih segar dengan kemenangan 2-1 ke atas Sabah minggu lalu sudah pastinya mahu momentum sama dikekalkan apabila turun berdepan Melaka United (MU) dalam aksi Liga Super di Stadium Mini UiTM, Shah Alam, malam esok.Namun, aksi konsisten yang diperagakan skuad Hang Tuah dengan meraih enam mata maksimum dalam dua aksi sebelum ini bakal memberi laluan cukup sukar buat anak buah B Sathianathan meskipun beraksi di halaman sendiri.

Untuk itu, bagi 'melumpuhkan' separuh kekuatan MU sudah tentunya dengan menyekat jeneral di bahagian tengah yang dijangka diisi bekas ketua pasukan negara, Safiq Rahim.Kehadiran Safiq sememangnya cukup merbahaya di mana bekas tonggak JDT dan Selangor itu mampu mengancam kubu lawan menerusi hantaran dan sepakan percuma yang selama ini menjadi 'makanan' pemain berpengalaman itu.

Jelas pemain tengah Selangor, Abdul Halim Saari, dia mahu rakan sepasukan memberi aksi terbaik terutama dalam menyekat pergerakan Safiq di bahagian tengah."Melaka sudah dapat enam mata dan kami perlu sedia dari segi mental. Safiq pemain berpengalaman luas, jadi kami perlu beri 100 peratus untuk menyekat dia,'' katanya dalam sesi temubual 'One Two' di laman Facebook FAS menjelang aksi malam esok.


Juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali itu ketika ini mengumpul sembilan mata daripada enam aksi dilalui.


Aksi liga yang bersambung semula 28 Ogos lalu selepas ditangguhkan ekoran pandemik Covid-19 pada Mac menyaksikan Selangor sekadar seri 1-1 dengan Petaling Jaya City sebelum bangkit membenam Sabah minggu lalu.


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2020 @ 2:55 PM

Sabtu, 5 September 2020

Ifedayo pastikan Red Giants kembali garang

Oleh Rozaidi Zulkifli

4 September 2020, 10:38 pmKUALA LUMPUR: Ledakan dua gol penyerang Nigeria, Ifedayo Olusegun membantu Selangor memadam rekod tanpa kalah Sabah di laman sendiri dengan kemenangan 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, sebentar tadi.

Kemenangan itu juga yang kedua buat Red Giants musim ini sekali gus meletakkan skuad kendalian B. Sathianathan kembali pada landasan memburu kedudukan kedua liga.

Beraksi di laman sendiri, Sabah membuka tirai jaringan pada minit ke-65 menerusi penyerang import, Rodoljub Paunovic.

Bagaimanapun kedudukan itu hanya bertahan tujuh minit apabila Ifedayo menjaringkan gol penyamaan sebelum meledak gol kemenangan pada minit ke-81.

Kepulangan semula Ifedayo memberi impak besar buat Selangor yang melonjak ke tangga ketiga liga dengan mengumpul sembilan mata hasil dua kemenangan, tiga seri dan dua tewas pada kempen musim ini.

Saya yakin dengan pemain-pemain saya yang beraksi penuh bersemangat.

Sejak sesi latihan lagi semangat itu ditunjukkan, bukan hanya mahu menang perlawanan hari ini tetapi dalam aksi seterusnya.

Pasukan lain kalau dikejutkan dengan gol awal sudah pasti akan melemahkan semangat tetapi itu tidak berlaku kepada Selangor,” kata Sathianathan selepas tamat perlawanan.SUMBER-SUKAN UM ONLINE