Sabtu, 17 April 2021

Selangor benam seteru tradisi Perak

  SUKAN



OLUSEGUN (kiri) tenang mengawal bola sambil dikejar pemain lawan ketika Selangor menentang Perak pada aksi Liga Super di Stadium MBPJ, Petaling Jaya kelmarin. – FOTO MUHAMAD IQBAL ROSLI

Selangor benam seteru tradisi Perak

Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

12 April 2021, 11:00 am

KETUA jurulatih pasukan Selangor FC, Karsten Neitzel mengakui puas menyaksikan kecemerlangan skuadnya apabila menundukkan seteru tradisi, Perak FC 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium MBPJ, Petaling Jaya kelmarin.

Pada aksi itu, Gergasi Merah tidak mempunyai masalah untuk mengutip tiga mata penuh hasil jaringan hatrik penyerang sensasi dari Bahrain, Ifedayo Olusegun.

Kata Neitzel, pujian wajar diberikan kepada semua pemain yang bekerja keras untuk pastikan pasukan kembali di landasan kemenangan selepas tewas kepada Kedah Darul Aman (KDA FC) pada aksi liga minggu lalu.

Aksi yang dipamerkan oleh p

Sabtu, 6 Mac 2021

Selangor sedia gempur

 Selangor sedia gempur



Oleh ASZAHARI ALI dan SUFIAN HADI SOJAK

6 Mac 2021, 11:14 am

PETALING JAYA: Dalam usaha meraih tiga mata pada pertemuan sulung Liga Super, Selangor sanggup melakukan ‘kerja rumah’ yang banyak untuk berdepan Sri Pahang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.

Pengendali Selangor, Karsten Neitzel berkata, pasukannya sudah bersedia sepenuhnya sambil mengakui bukan mudah untuk memilih kesebelasan utama menentang skuad Tok Gajah.

Saya sangat gembira kerana kami mempunyai lebih sebelas pemain yang bersedia mendapatkan tempat dalam skuad utama dan situasi ini sesuatu yang bagus buat pasukan.

KARSTEN Neitzel bakal diuji buat kali pertama sebagai pengendali Selangor.

Dalam tempoh beberapa perlawanan akan datang, saya amat memerlukan semua pemain untuk bersedia kerana kita akan lalui satu musim yang panjang.

Berdepan Pahang, kami telah melakukan banyak kerja rumah dan tidak boleh memandang rendah akan kemampuan mereka yang punyai kualiti tersendiri dalam kalangan pemain yang mereka ada.

Adanya Mamadou (Wague) serta (Herold) Goulon, Pahang sememangnya cukup kuat pada aspek fizikal di bahagian pertahanan selain Lee Tuck dan Nor Azam, dua pemain yang mampu menjadi perancang utama.

Selain itu, Pedro (Henrique), Baqiuddin (Shamsudin) dan Nur Izzat punyai kelajuan yang membahayakan di bahagian serangan, jadi kami perlu sentiasa disiplin dalam mengawal mereka apa jua situasi jika mahu menang dalam perlawanan itu nanti,” kata Neitzel.

TOK GAJAH SERBA TEMPANG

Sementara itu, Pahang berdepan kerisauan dengan krisis kecederaan yang melanda dalam kalangan pemain utama mereka, meletakkan pasukannya sukar berikan cabaran bermakna kepada Selangor.

Antara pemain terbabit ialah ketua pasukan, Lee Tuck, serta tiga pemain import lain iaitu Goulon, Wague dan Pedro serta bekas pemain baharu Perak FC, Hafiz Ramdan.

Begitupun pengendalinya, Thomas Dooley menganggap pertemuan dua gergasi bola sepak tempatan itu adalah seimbang.

LEE TUCK

Saya tidak mahu terlalu yakin meletakkan sasaran untuk Pahang kerana Selangor juga membuat persediaan rapi, mereka dilatih jurulatih dari Jerman, begitu juga pemain import dari negara sama,” katanya kepada Utusan Malaysia. SUMBER-SUKAN UM ONLINE

Rabu, 3 Mac 2021

Jualan jersi sehangat Liga M



SELANGOR FC muncul pasukan pertama melancarkan jersi musim 2021, yang mana 6,000 helai terjual dalam tempoh kurang 48 jam.

Oleh ROZAIDI ZULKIFLI

3 Mac 2021, 11:00 am

PETALING JAYA: Covid-19 mungkin memberi sedikit kesukaran kepada penganjuran Liga Malaysia (Liga M) dan persiapan pasukan, namun ia langsung tidak mengurangkan keterujaan peminat untuk menyokong pasukan masing-masing.

Buktinya, permintaan jersi Johor Darul Ta’zim (JDT), Se­langor FC, Terengganu FC, Sabah dan beberapa pasukan bagaikan ‘pisang goreng panas’ apabila habis hanya beberapa jam selepas berada di pasaran.

Apa tidaknya, JDT hanya memerlukan empat jam, 30 minit untuk mengutip RM1.6 juta hasil jualan jersi jenama Nike, manakala Selangor FC kehabisan stok jersi utama dan kedua beberapa jam selepas dilancarkan.

Terengganu FC (TFC) pula menjual 5,000 helai jersi kelua­ran syarikat sukan popular tempatan, Al-Ikhsan Sports dengan kutipan RM500,000 pada hari pertama.

Jersi baharu Sabah FC yang garang dengan warna merah dan bertemakan The Rhinos terjual 1,773 helai dalam masa enam jam selepas pelancaran.

Permintaan yang tinggi mengejutkan pengeluar jersi yang mengakui pada awalnya menjangkakan kesukaran untuk menjual kit pasukan ketika negara dilanda pandemik ­Covid-19.

Pengarah Pemasaran Joma Malaysia, Raymond berkata, cetakan pertama jersi home Selangor FC iaitu 6,000 helai habis dalam tempoh kurang 48 jam, manakala jersi kedua laris 4,000.

Sambutan peminat Selangor amat luar biasa. Ia tidak dijangka kerana sekarang musim Covid-19 dan penyokong tidak masuk ke stadium.

Kami berusaha keras untuk memenuhi permintaan. Cetakan baharu dijangka di­terima pada Mei, 7,000 bagi home dan 5,000 atau lebih untuk away,” kata Raymond kepada Utusan Malaysia semalam.

Pengurus pemasaran Al-Ikhsan Sports, Zechariah Ravinder berkata, sambutan musim ini jauh lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Peratusan jualan tahun ini naik berbanding tahun lalu dan kebanyakan peminat memberi maklum balas positif.

Corak memainkan peranan penting untuk jualan dan kita sebagai pembeli pun akan mementing perkara itu,” ujar­nya, yang memberitahu untuk tahun ini syarikat tersebut menaja Melaka United, TFC dan Kelantan Uni­ted (Umbro).SUMBER-UM ONLINE

Selasa, 2 Mac 2021

Selangor dapat gambaran sebenar



KECEDERAAN Shahrel Fikri Md. Fauzi resahkan Selangor.

Oleh ROZAIDI ZULKIFLI

1 Mac 2021, 11:42 am

PETALING JAYA: Biarpun kecewa gagal mempertahankan gelaran Raja Lembah Klang, namun pengendali Selangor FC, Karsten Neitzel tetap melihat kekalahan kepada Kuala Lumpur United FC kelmarin dari aspek positif.

Jelas jurulatih dari Jerman itu, dalam keadaan pasukan yang hanya menjalani latihan bersama dalam tempoh 12 hari dan tidak bermain dalam perlawanan sebenar dalam tempoh yang lama, situasi tersebut memberi kesukaran buat pemain.

Sudah tentu saya berasa kecewa kerana kami mahu menang (dalam perlawanan itu) tapi ada perkembangan positif ditunjukkan oleh pemain.

Namun kita tidak boleh lupakan perkara lain kerana banyak lagi yang kami perlu perbaiki. Kami akan manfaatkan masa yang ada lebih kurang seminggu sebelum sepak mula Liga Super.

Perlawanan ini benar-benar membantu apabila kami menentang lawan yang bagus. Kami tidak bolos dalam tiga persahabatan dan kini kami perlu tingkatkan usaha dalam menjaringkan gol,” katanya selepas perlawanan.

Kuala Lumpur muncul juara Piala Prihatin Menteri Wilayah Persekutuan selepas menewaskan Selangor FC 4-2 pada penentuan sepakan penalti di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.Mengulas mengenai kecederaan Shahrel Fikri Md. Fauzi yang terpaksa dikeluarkan seawal minit ketujuh, Neitzel belum dapat memberi gambaran yang jelas.

AKSI menentang Kuala Lumpur digunakan oleh Selangor untuk menguji beberapa muka baharu. – IHSAN SELANGOR FC

Shahrel mengalami kecederaan lutut tetapi sejauh mana tahap kecederaan itu masih belum dapat dipastikan buat masa ini,” ujarnya.

Sementara itu, pengendali Kuala Lumpur, Bojan Hodak mengakui masih ada kerja rumah yang perlu dilakukan sebelum sepak mula Liga Super nanti.

Secara taktikal dan teknikal masih ada kesilapan tapi yang positifnya, kami tidak bolos. Kami memiliki peluang tetapi kami perlu baiki aspek penyudah.

Kami juga perlu memahami dan dapatkan keserasian antara pemain baru. Secara keseluruhan tidaklah begitu teruk,” katanya.SUMBER-UM ONLINE

Selasa, 23 Februari 2021

Konrad import baharu Selangor FC

| | 22 Februari 2021




Konrad diumumkan secara rasmi sebagai pemain baharu Selangor FC pada Isnin.
SELANGOR FC mengikat kontrak pemain tengah dari Jerman, Manuel Konrad, 32, secara rasmi bagi melengkapkan senarai pemain importnya musim ini dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) bulan depan.
Selangor FC dalam kenyataannya pada Isnin memaklumkan, penyertaan pemain berasal dari wilayah Illertissen, Jerman ke dalam skuad Merah Kuning itu, adalah selepas dihubungi Ketua Jurulatih Red Giants, Karsten Neitzel dan Pengarah Teknikal Selangor, FC Michael Feichtenbeiner.
Konrad dalam kenyataan yang sama memaklumkan, kedua-dua figura tersebut adalah individu penting dalam memberi inspirasi kepadanya untuk menyertai Selangor FC.
“Saya yakin Selangor FC dapat bermain dengan cara yang menarik dan bersemangat tinggi, dengan falsafah yang dirancang. Ia pasti memerlukan sedikit masa untuk menjayakannya, tetapi jika kita bekerja keras kita mampu melakukan apa sahaja,” katanya.
Pemain yang berketinggian 187 sentimeter itu pernah beraksi dalam saingan Bundesliga 2 (Liga Divisyen 2 Jerman) bersama pasukan utama SC Freiburg, dan berjaya menjulang piala Jerman ‘second tier’ untuk musim 2008/2009.
Sebelum melebarkan sayapnya ke Asia, Konrad juga telah beraksi dalam 65 perlawanan bagi KFC Uerdingen 05 bermula musim 2018/2019 dan merekodkan satu jaringan serta dua bantuan gol sepanjang bersama kelab terakhirnya itu tahun lalu.
Dalam pada itu, Neitzel dalam kenyataan yang sama menyatakan kehadiran bekas anak didiknya di SC Freiburg itu dilihat mampu membantu mengukuhkan jentera tengah The Red Giants.
“Saya telah menyaksikan Manu di SC Freiburg selama dua tahun. Saya yakin kemampuan dan kebolehan beliau menguatkan pasukan Selangor FC bersama pemain-pemain lain.
“Dia seorang pemain yang serba boleh terutamanya di pertahanan tengah. Dia juga tidak dinafikan memiliki susuk fizikal bagus dan mempunyai semangat berpasukan yang baik. Saya yakin apabila dia mencapai 100 peratus tahap kecergasan, dia akan menunjukkan prestasi maksimumnya di padang,” katanya. - Bernama
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/125225/BERITA/Sukan/Konrad-import-baharu-Selangor-FC© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Selasa, 16 Februari 2021

Ifedayo, Shahrel taring bisa Selangor

MyMetroTopic



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Gandingan dua penyerang terbaik Liga Malaysia (Liga M) musim lalu bakal menjadi taruhan pasukan Selangor FC dalam misi merobek gawang lawan musim ini.

Penyerang import, Ifedayo Olusegun memenangi anugerah Kasut Emas selepas mengumpul 12 gol sepanjang musim lalu manakala Shahrel Fikri yang beraksi bersama Perak sebelum ini pula dinobatkan sebagai Penyerang Terbaik pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2020 (ABK20).

Lantas, dengan keupayaan dan keampuhan jentera depan skuad Red Giant itu, sudah pastinya momentum sama diharapkan daripada dua penggempur itu musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, Ifedayo dan Shahrel akan digandingkan bersama dan beliau percaya kedua-duanya mampu menampilkan persefahaman meskipun baru kali pertama digandingkan.

"Ikut perancangan pasukan, memang kita gandingkan Ifedayo dan Shahrel di bahagian serangan. Kedua-dua ada keistimewaan dan mereka antara penyerang terbaik musim lalu. Kita harap prestasi sama akan dikekalkan dan harap mereka akan bermain baik," katanya kepada Arena Metro.

Beliau berkata, musim ini Ifedayo akan mengisi slot selaku pemain Asia apabila tonggak kelahiran Nigeria itu memohon pasport Bahrain.

"Ya, dia akan didaftarkan sebagai pemain kuota Asia musim ini. Walaupun ada satu lagi kekosongan untuk pemain import dari benua lain, perancangan kita tetap sama mahu Ifedayo dan Shahrel digandingkan," katanya.

Terdahulu, Selangor FC mengumumkan secara rasmi pemain tengah dari Switzerland, Oliver Buff dan tonggak pertahanan dari Jerman, Tim Heubach diikat musim ini selepas mengekalkan Ifedayo dan Safuwan Baharudin (kouta Asean).

Ini bermakna, jika Ifedayo didaftarkan sebagai pemain import Asia, Selangor FC masih mempunyai satu lagi tempat untuk mengisi pemain import.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Februari 2021 @ 8:30 PM